Thursday, May 03, 2007

Sembuhkan penyakit dengan amalan minum air kosong setiap pagi

Air sangat penting kepada kehidupan manusia kerana tiga per empat daripada tubuh badannya dipenuhi dengan bendalir yang sentiasa memberi kekuatan kepada tenaga fizikal dan mental.

"Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup daripada air." (Surah Al-Anbiya' ayat 30)

Allah SWT menjadikan air sebagai keperluan hidup semua makhluk di dunia. Pentingnya air ini bukan sekadar untuk diminum malah untuk digali segala rahsia yang terkandung di dalam air.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

"Allah menjadikan tiap-tiap binatang daripada air, sesetengahnya berjalan dengan perutnya, sesetengahnya berjalan dengan dua kaki dan di antaranya berjalan dengan empat kaki." (Surah An-Nur ayat 45)

Dr. Masaru Emoto, seorang doktor perubatan alternatif di Jepun telah mengkaji air bagi membuktikan bahawa pemikiran dan emosi memberi kesan fizikal ke atas molekul-molekul air. Dengan memperdengarkan pelbagai jenis bahasa, perkataan dan latar muzik pada sampel air yang sama, molekul-molukul air tersebut menunjukkan pelbagai rupa bentuk. Dr. Emoto membangunkan satu teknik yang menggunakan mikroskop berkuasa tinggi di dalam bilik yang sangat sejuk dan gambar foto berkelajuan tinggi untuk menonjolkan pembentukan kristal air daripada sampel air yang dibekukan.

Penemuan ini menunjukkan pembentukan kristal air berubah apabila
fikiran ditumpukan secara langsung kepada air tersebut. Justeru, air
yang didedahkan pada perkataan "sayang" atau "cinta" menghasilkan bentuk yang sempurna, berseri-seri dan sangat indah berbanding molekul air yang datang dari sumber tercemar.

Perkataan negatif seperti "syaitan" memberi bentuk molekul air yang tidak teratur, berselerakan dan kelihatan hodoh. Seterusnya pendedahan terhadap pemikiran, emosi dan sikap memberi impak terhadap molekul-molekul air.

Hasil kajian ini dimuatkan dalam buku Messages from Water 1 and 2. Buku The Hidden Messages in Water yang diterbitkan di Jepun telah terjual sebanyak 400,000 naskah di seluruh dunia.

"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apakah ia dijadikan. Dia dijadikan daripada air yang terpancar. Yang keluar dari di antara tulang punggung lelaki dan tulang dada perempuan."
(Surah At-Thariq ayat 5 hingga 7)


Rujukan

http://www.whatthebleep.com/crystal/
http://www.kpwkm.gov.my/

No comments: